BEIJING, 24 Julai  — Persidangan Warisan Dunia ke-44 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang kini berlangsung di bandar Fuzhou, wilayah Fujian China meluluskan laporan mengenai perlindungan enam warisan dunia di China.

Enam warisan dunia itu termasuk Jalan Sutera: jaringan jalan Chang’an – Koridor Tianshan, kompleks Istana Potala, kawasan bandar bersejarah di Makau, pemandangan kebudayaan lukisan bukit di Huashan Zuojiang, kompleks bangunan purba Gunung Wudang, dan Tembok Besar.

Usaha China yang gigih melindungi warisan dunia turut mendapat pujian Jawatankuasa Warisan Dunia.

Jawatankuasa itu menyifatkan usaha dan pengalaman itu memperlihatan “kebijaksanaan China” selain dapat menjadi contoh serta ikutan negara lain untuk bersama-sama melindungi warisan dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here