KUALA LUMPUR, 27 Julai — Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun hari ini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan tidak memakai pelitup muka ketika berada di  bangunan Parlimen.

 Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kompaun dikeluarkan selepas siasatan yang dibuat mendapati Ahli Parlimen itu yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam tidak memakai pelitup muka ketika bersama seorang individu di ruang legar Parlimen kira-kira pukul 2.30 petang. 

Siasatan dibuat selepas pihaknya mengesan satu foto yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Nilai kompaun akan ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beh turut menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP PPN dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan penularan COVID-19. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here