#BuletinBernama : Polis akan memanggil Ahli Parlimen dan peserta-peserta yang terlibat dalam perarakan ke Bangunan Parlimen pada Isnin untuk memberi keterangan berhubung perarakan itu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua mereka yang terlibat sedang dikenal pasti, dan perarakan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here