KUCHING, 10 Ogos — Terdapat tujuh kluster komuniti baharu COVID-19 di Sarawak hari ini dengan empat daripadanya di Kuching dan masing-masing satu di Kabong, Saratok dan Lundu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata kluster baharu yang dikesan di daerah Kuching terdiri daripada Kluster Kampung Jaya Bakti dengan 15 kes positif, Kluster Kampung Tanjong Bako (27 kes positif), Kluster Lorong Cahaya Damai (54 kes positif) dan Kluster Braang Payang (23 kes positif).

Bagi Kluster Sesang di Kabong, 42 orang telah dikesan positif COVID-19, Kluster Dabai Baruh di Saratok (32) dan Kluster Senibung di Lundu (tujuh).

Menurut JPBN, dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Kampung Serikin di Bau dan Kluster Long Seripa di Sebauh setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas.

Hari ini, kes positif COVID-19 di Sarawak melonjak kepada 836 berbanding 589 kes semalam, menjadikan keseluruhan 82,753 kes dan dua kematian baharu, menjadikan angka kematian berjumlah 473 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here