KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa esok, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Aktiviti-aktiviti ekonomi itu adalah kedai cuci kereta; kedai elektrik dan elektronik; kedai barangan rumah dan peralatan dapur; kedai perabot; kedai peralatan sukan; kedai aksesori kereta; pusat pengedaran dan jualan kereta; pasar pagi dan pasar tani; kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan bagi perkhidmatan gunting rambut asas sahaja, katanya.

Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja), terdapat prosedur-prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi, kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.

“Ia termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan bilik ‘’fitting’’. SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” tambah perdana menteri.

Muhyiddin berkata pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi membuktikan individu berkenaan telah menerima vaksinasi lengkap.

Beliau menegaskan maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.

Selain itu, perdana menteri turut  mengumumkan sebanyak 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran dibenarkan untuk kembali beroperasi dalam Fasa 2, berkuat kuasa pada hari yang sama.

Kesemua 11 aktiviti ekonomi itu adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula dalam Fasa 1, jelas beliau.

Aktiviti-aktiviti ekonomi ini adalah kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; kedai barangan terpakai; kedai bunga dan nurseri; kedai kraftangan dan cenderahati; kedai antik; kedai alat permainan; kedai permaidani; kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif; kedai peralatan ‘outdoor’ termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain; kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi; serta kedai tembakau termasuk vape dan rokok elektronik.

“Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” tegas beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here