KUALA LUMPUR,15 Ogos — Segala keputusan yang diambil dan dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tentu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, semua keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri semestinya sudah mengambil kira situasi semasa dan seumpamanya.

“Perdana Menteri mempunyai pelbagai pilihan cuma perkara yang pasti, berdasarkan beberapa siri perbincangan di peringkat kerajaan dan kepimpinan beliau (Muhyiddin) amat menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara, ” katanya selepas Majlis Doa Selamat sempena Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencapai 80 peratus imuniti kelompok di sini hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here