KOTA BHARU, 23 Ogos — Kerajaan Kelantan sedia membeli vaksin COVID-19 bagi menambah bekalan vaksin di negeri ini sekiranya ia tidak mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata dalam keadaan itu, kerajaan negeri sedia membeli apa sahaja jenis vaksin sama ada keluaran Pfizer-BioNTech, Sinovac mahupun CanSino.

“Jika kita melihat bekalan vaksin berkurangan tetapi kes COVID-19 semakin meningkat, maka kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk membeli vaksin. Ketika ini, kerajaan negeri sedang fikir dan buat pengiraan, kalau (bekalan) vaksin tidak sampai seperti mana kehendak kita, kita terpaksa tambah. Kita akan tengok keadaan macam mana,” katanya.

Dr Izani ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here