KUANTAN, 28 Ogos  — Lebih 11,000 peniaga pasar awam disini telah didaftarkan untuk menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kata Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussain. 

Katanya beliau difahamkan bahawa pemberian vaksin itu akan segera dilaksanakan sebaik sahaja bekalannya sampai di pusat pemberian vaksin (PPV) di Terminal Sentral Kuantan.

“Walaupun kita telah mengumpul lebih 11,000 nama, namun saya percaya mungkin 10 peratus daripada mereka telah menerima vaksin menerusi panggilan aplikasi MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Penyampaian Jalur Gemilang dan Bakul Makanan kepada pengusaha gerai di Sungai Isap di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here