KUALA LUMPUR, 11 Sept — Sebanyak 72 peratus atau 16,856,812 populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 38,001,646 dos vaksin telah diberikan setakat semalam, termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

“Semalam, sebanyak 287,059 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here