BEIJING, 20 Sept  — Sebanyak 28 kes baharu COVID-19 dilaporkan di wilayah Fujian membabitkan jangkitan tempatan, menurut Suruhanjaya Kesihatan pada Isnin.

Sementara itu, sebanyak 21 kes baharu melibatkan kes import, termasuk sembilan di Yunnan, empat di Shanghai, masing-masing dua di Zhejiang, Guangxi dan Sichuan, serta satu kes direkodkan di Fujian dan Shandong.

Tiada kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik kenyataan suruhanjaya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here