PASIR MAS, 30 Sept (Bernama) — Kisah kesusahan Nur Amalin Syaffah Saman, 19, dari Kampung Tandak, Rantau Panjang, dekat sini, yang terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer meredah kebun getah dan kelapa sawit bagi mencari wang persediaan ke universiti, mendapat perhatian Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan menawarkannya biasiswa berjumlah lebih RM30,000. Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan UniSZA Muzafar Mohd Din berkata biasiswa itu bagi menanggung yuran pengajian, asrama dan sara hidup sebanyak RM600 sebulan, yang diuruskan menerusi tabung wakaf universiti sehingga gadis itu menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) selama tiga tahun. https://www.bernama.com/bm/am/news.ph…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here