DUBAI, 2 Okt — Ekspo 2020 Dubai dirasmikan pada Jumaat dan serentak dengan itu Balai China “Cahaya Tionghoa” turut dilancarkan.

Ketua Wakil Balai China merangkap Naib Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Zhang Shenfeng berkata Balai China itu bertemakan “membina komuniti berkongsi nasib sesama insan—inovasi dan peluang”.

“Ia dilengkapi pameran yang menunjukkan pencapaian China dalam bidang teknologi inovatif termasuk alat peninjau “Chang’e-5”, sistem pandu arah satelit Beidou, kereta konsep untuk masa depan dan robot pintar,” katanya.

Ketua Setiausaha Biro Pameran Antarabangsa (BIE), Dimitri S. Kerkentzes dalam ucapannya berkata penglibatan China dalam ekspo kali ini yang menonjolkan pencapaian negara itu dalam pelbagai aspek dijangka akan menghasilkan satu jalinan hubungan baharu antara China dengan dunia di samping mendorong interaksi kebudayaan umat manusia.

Balai China seluas 4,636 meter persegi itu antara balai asing yang terbesar dalam ekspo kali ini.

Terdapat empat zon pameran iaitu “impian yang sama”, “bumi yang sama”, “kampung halaman yang sama” dan “masa depan yang sama” yang menjadi lambang kejayaan pembangunan China dalam bidang teknologi maklumat, pengangkutan moden, kecerdasan buatan (AI), kehidupan pintar dan penerokaan angkasa lepas.

Antara yang bakal mencuri tumpuan pengunjung ialah sistem pandu arah satelit Beidou, kabin pemandu simulasi kereta api kelajuan tinggi, kereta berkuasa tenaga alternatif tanpa pemandu, penanaman padi dengan air laut, robot UBTECH, tayangan filem “Qihang” dan persembahan cahaya lampu berwarna-warni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here