IPOH, 3 Okt — Perak menyasarkan selewat-lewatnya hujung bulan ini untuk mencapai 80 peratus populasi dewasa di negeri ini melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, kata Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin.

Beliau berkata sekurang-kurangnya sebanyak 4,457 dos kedua vaksin itu perlu diberikan setiap hari bagi mencapai sasaran tersebut.

“Kita perlukan lagi 124,793 sahaja untuk capai 80 peratus yang lengkap dua dos iaitu berbaki lagi 6.7 peratus.

“Sekiranya dos kedua diberikan lebih daripada kadar itu, bermakna lebih cepatlah kita mencapai kadar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Berdasarkan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Perak,  seramai 1,676,130 individu atau 89.9 peratus sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 1,365,287 individu atau 73.3 peratus telah lengkap dua dos vaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat 1 Okt lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here