KUCHING, 8 Okt  — Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bersetuju membenarkan pawagam di negeri ini kembali beroperasi mulai 10 Okt ini.

JPBN Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kebenaran beroperasi di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 itu perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

“Prosedur operasi standard (SOP) sektor industri kreatif (pawagam) boleh didapati di laman sesawang  JPBN iaitu http://sarawakdisastermc.com,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, hanya 1.57 peratus atau 21 daripada 1,339 kes positif COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Baki 98.43 peratus atau 1,318 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

Selain itu, lapan kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Sarawak dari 28 Sept hingga 6 Okt manakala terdapat sembilan kluster diisytiharkan tamat hari ini, menjadikan jumlah kluster yang aktif setakat ini ialah 80.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here