KUCHING, 18 Okt  — Jumlah jangkitan harian COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan dengan 694 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 730 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, hanya 38 kes melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

“Manakala baki 656 kes tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 232,224,” menurut kenyataan itu.

Menurut jawatankuasa itu, antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Kuching dengan 187 kes diikuti Miri (139) dan Sibu (88).

Selain itu, 13 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 13 hingga 16 Okt, manakala jumlah kluster yang masih aktif ialah 45.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here