KUALA LUMPUR, 15 Nov — Undang-undang baharu berkaitan judi dalam talian perlu digubal bagi membolehkan aktiviti tersebut dapat dipantau dengan lebih berkesan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Zahidi berkata buat masa ini, ketiadaan akta khusus berkenaan judi dalam talian menyukarkan pemantauan kerana domain dan protokol internet laman sesawang yang digunakan untuk kegiatan berkenaan boleh ditukar-tukar.

Beliau berkata akta berkaitan judi sedia ada ialah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang hanya melibatkan kegiatan judi di premis.

“Ada premis baru boleh tangkap, kalau tak ada rumah judi tak boleh tangkap sebab tak ada akta. Kalau akta online (dalam talian) tak ada, maksudnya kita kena buat akta baharu,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Aziz Jamman (Warisan-Sepanggar) yang mahu tahu koordinasi antara pihak kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau aktiviti judi dalam talian. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here