KUALA LUMPUR, 3 Dis  — Diplomat muda perlu menitikberatkan penambahan daya tahan, keupayaan menyesuaikan diri dan serba boleh dalam menghadapi cabaran yang lebih besar dan mencemaskan pada masa hadapan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.

“Lebih banyak cabaran menanti yang mungkin lebih besar dan lebih membimbangkan daripada COVID-19.

“Adalah sangat mustahak bagi diplomat muda untuk mempunyai mental yang kuat dalam menghadapi setiap cabaran yang datang, cepat menyesuaikan diri dengan perubahan yang sedang berlaku dan meneroka kaedah baharu untuk sentiasa efisien pada setiap masa.

“Walaupun ketika krisis, para diplomat perlu ingat bahawa mereka mewakili Malaysia apabila berada di luar negara. Justeru sangat penting bagi mereka mengurus emosi dengan bijak,” katanya semasa Majlis Pengijazahan 43 Pegawai Tadbir dan Diplomatik daripada Kementerian Luar yang memperoleh Diploma dalam Diplomasi (DiD) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin

DiD sebelum ini dikenali sebagai Kursus Latihan Diplomatik (DTC) bagi pegawai-pegawai Wisma Putra. Kursus itu telah dinaik taraf kepada peringkat diploma pada 2010 bagi melengkapkan peserta dengan ilmu dan kemahiran yang lebih intensif mengenai diplomasi dan hubungan antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here