KUALA LUMPUR, 8 Dis  — Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 dibangunkan bertujuan mencapai misi bandar neutral karbon pada 2050 selaras dengan visi untuk menjadikannya Bandar Bertaraf Dunia, Boleh Didiami, Mampan dan Berdaya Tahan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pelan berkenaan mengandungi lima strategi utama iaitu Mobiliti dan Infrastruktur, Bandar Adaptasi Hijau, Bangunan Cekap Tenaga dan Kalis Iklim, Pengurusan Sampah Pintar serta Pengurusan Bencana.

Beliau juga mengingatkan Malaysia secara sukarela berikrar untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon negara bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 semasa persidangan Perjanjian Paris 2050.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memulakan inisiatif rendah karbon dan menggariskan 245 program di bawah Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030, dengan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 70 peratus menjelang 2030,” katanya semasa pelancaran pelan itu hari ini.

Peranan aktif individu, warga kota, industri, komersial, persatuan penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam merealisasikan matlamat bandar neutral karbon di Kuala Lumpur amat digalakkan,” katanya.

Beliau berkata penggunaan teknologi hijau serta amalan gaya hidup rendah karbon mampu membangunkan ekonomi hijau, mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik minat pelaburan domestik dan antarabangsa,

Sementara itu, Shahidan juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan United Kingdom (UK), Kepimpinan Iklim di Bandar dan Kepimpinan Iklim Bandar Kumpulan C40 yang memberikan sokongan kerjasama dan teknikal bagi menjayakan Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here