BEIJING, 9 Dis — Permohonan pendaftaran dua jenis ubat rawatan meneutralkan antibodi COVID-19, iaitu cecair suntikan BRII-196 dan BRII-198 oleh Teknologi Perubatan Tengshenghuachuang Sdn Bhd (Beijing), anak syarikat Brii Biosciences, diluluskan Jabatan Pengawalan dan Penyeliaan Perubatan Negara (NMPD), pada Rabu. 

Difahamkan, ia juga merupakan kali pertama ubat rawatan meneutralkan antibodi COVID-19 diluluskan untuk hak cipta intelek. 

Menurut “Undang-undang Kawalan Perubatan”, kedua-duanya boleh digunakan untuk merawat kes COVID-19 bagi pesakit dewasa serta remaja (12-17 tahun dengan berat sama atau lebih 40 kilogram).

Bagaimanapun, untuk kategori remaja, kelulusan akan diberikan secara bersyarat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here