BEIJING, 16 Dis — Kereta api kargo antarabangsa yang membawa 11 kontena dengan muatan termasuk kain kapas, poliester, kulit tiruan dan zip dilancarkan dari Kunming, provinsi Yunnan menuju ke Laos pada Rabu.

Ini menandakan nilai keseluruhan urus niaga kargo antarabangsa China-Laos yang melalui kastam Kunming melebihi RMB 100 juta yuan (RM66.41 juta ) sejak landasan kereta api China-Laos beroperasi. 

Perkhidmatan logistik rentas sempadan kereta api China-Laos bermula pada 4 Dis, dengan kereta api kargo antarabangsa eksport pertama berjaya menyelesaikan prosedur berkaitan di kastam Kunming.    

Setakat 15 Dis, sebanyak 31 kereta api kargo antarabangsa China-Laos telah diperiksa dan dilepaskan melalui kastam itu dengan jumlah barangan import eksport mencecah 17,100 tan yang bernilai kira-kira RMB107 juta yuan (RM 71 juta).

Kebanyakan barangan import adalah terdiri getah semula jadi, baja kimia dan bijih besi, manakala barangan eksport pula majoritinya merupakan sayur-sayuran, buah-buahan, keluli, produk permesinan dan elektronik.

Dengan beroperasinya kastam Mohan, China dan landasan kereta api China-Laos, komunikasi dan kerjasama ekonomi serta perdagangan antara China dengan Laos termasuk di kawasan sekitarnya berupaya mencapai pembangunan berkualiti tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here