BEIJING, 7 Jan — Studio 5G Berdefinisi Ultra Tinggi (UHD) bagi kereta api Olimpik Musim Sejuk Beijing merupakan hasil inovasi Kumpulan Media China (CMG) dan beberapa agensi lain.

Studio 5G UHD dilancarkan di Stesen Qinghe Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Beijing-Zhangjiakou, pada Khamis.

Ia menjadi studio siaran langsung UHD dengan penggunaan teknologi 5G pertama di dunia, dengan kelajuan mencapai 350 kilometer sejam dan mampu mencapai signal UHD secara stabil untuk suatu tempoh masa panjang.

Presiden CMG, Shen Haixiong berkata, selaku media rasmi China serta penyiar rasmi Sukan Olimpik Beijing 2022, CMG akan berusaha menyampaikan liputan temasya dengan baik, membuka lembaran baharu bagi mempromosi sukan Olimpik dan semangat kesukanan China.

“CMG komited menyiarkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang menarik dan luar biasa kepada penonton seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach turut menghargai usaha CMG menyiarkan temasya itu menggunakan kelengkapan elit.

Berdasarkan kejayaan aplikasi pertama siaran langsung mudah alih UHD 5G HSR, CMG akan terus membina platform yang menyambungkan pelbagai gelanggang dan pusat media.

Ia sekali gus membolehkan penonton dan rakan media dari dalam dan luar negara menghayati pemandangan panorama indah menerusi kesempurnaan integrasi teknologi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here