KUALA LUMPUR, 12 Jan — Sebanyak 2,768,673 atau 88 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,858,109 atau  90.8 peratus daripada kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,889,297 individu atau 97.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,172,722 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 27 kes kematian direkodkan semalam, dengan sembilan daripadanya adalah kematian di luar hospital. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here