KUALA PERLIS, 18 Jan  — Bersimpati dengan nasib mangsa banjir, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut turun padang menyantuni mangsa yang terkesan di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini menerusi program MITIprihatin.

Pengerusinya Datin Wan Razanawani Wan Zakaria berkata lebih 40 sukarelawan terlibat dengan masing-masing mempunyai jadual yang berbeza dalam menjalankan program bantuan tersebut. 

“Sejak program dimulakan 31 Dis lepas hingga kini, hampir setiap hari bantuan diberikan dalam bentuk makanan, peralatan memasak, pembersihan dan membaik pulih rumah yang terjejas dengan banjir,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Program Pengukuhan Kemahiran Insaniah Dan Program Kemasyarakatan (CSR) Negeri Perlis di Ocean Glow, Kuala Perlis, di sini, semalam.

Menurut Wan Razanawani  program bantuan akan terus berjalan selagi masih terdapat kawasan yang terkesan dengan banjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here