GEORGE TOWN, 24 Jan — Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow kini sedang menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ketika menghadiri satu majlis pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow perlu menjalani tempoh kuarantin kendiri selama lima hari bermula semalam seperti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

“JKNPP turut mengarahkan beliau(Chow) menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga iaitu esok dan ini termasuk beberapa individu berkaitan yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JKNPP juga giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan dan mereka yang berkaitan akan dihubungi pihak JKNPP dari semasa ke semasa bagi tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here