KUCHING, 28 Jan — Bank Rakyat akan menyediakan lebih banyak kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) di seluruh Sarawak tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Tanpa menyatakan secara khusus jumlahnya, beliau berkata mesin itu akan disediakan di kawasan yang belum ada cawangan bank tersebut dan yang mempunyai kesambungan Internet.

“Kalau mana-mana kawasan yang ada Internet, yang mohon kemudahan mesin ATM ini, kita akan laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan Bank Rakyat Kota Sentosa di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata beberapa ahli Parlimen dari Sarawak telah memohon supaya lebih banyak mesin ATM disediakan di negeri ini.

Dalam pada itu, Noh berkata Bank Rakyat setakat ini membuka 14 cawangan di seluruh Sarawak.

Selain di Satok, cawangan lain adalah di Matang Jaya, Simpang Tiga dan Kota Sentosa di Kuching; dua di Miri (Miri dan Permy Jaya) dan masing-masing satu di Bintulu, Kapit, Kota Samarahan, Limbang, Mukah, Sarikei, Sibu dan Sri Aman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here