BEIJING, 2 Feb — China mengalu-alukan tetamu dan penonton seluruh dunia mengikuti perkembangan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 bermula Jumaat, bersamaan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), kata jurucakap Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Zhao Weidong.

“TBC memberi erti membuka pintu mengalu-alukan tetamu.

“Rakyat China komited berkongsi hadiah berharga dengan tetamu seluruh dunia, iaitu temasya Sukan Olimpik Beijing,” kata Zhao dalam satu sidang media pada Selasa.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing bukan hanya mengenai temasya sukan, tetapi merupakan peluang penting bagi masyarakat antarabangsa mengetahui mengenai latar belakang China dan kebudayaannya.

Menurut jawatankuasa penganjur temasya itu, elemen-elemen budaya China telah digabungkan dalam seluruh proses pembinaan lokasi pertandingan, reka bentuk logo dan landskap.

Ia termasuk lukisan Dunhuang dalam seni reka bentuk Platform Lompat Ski Shougang dan kediaman penduduk tradisional Beijing iaitu Siheyuan berkonsepkan reka bentuk Perkampungan Olimpik yang melambangkan simbol kekeluargaan rakyatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here