KUALA LUMPUR, 9 Feb  — Sebanyak 17,134 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, iaitu peningkatan 3,190 kes daripada 13,944 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Facebook beliau memaklumkan, jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,956,332 kes.

Beliau berkata 99.5 peratus atau 17,048 daripada kes baharu hari ini adalah Kategori Satu dan Dua, manakala 0.5 peratus atau 86 kes berada dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima. 

Menurutnya Kategori Satu mencatat sebanyak 4,722 kes atau 27.56 peratus; Kategori Dua (12,326 kes atau 71.94 peratus); Kategori Tiga (58 kes atau 0.34 peratus); Kategori Empat (24 kes atau 0.14 peratus) dan Kategori Lima (empat kes atau 0.02 peratus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here