BEIJING, 9 Feb — Vaksin COVID-19 keluaran Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) telah mendapat kelulusan untuk kegunaan di Afrika Selatan.

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Produk Kesihatan Afrika Selatan (Sahpra) pada Isnin mengumumkan, vaksin berkenaan sesuai untuk kegunaan individu berumur 18 tahun ke atas.

Kedutaan Besar China di Afrika Selatan menerusi satu kenyataan berjanji akan terus memberi komitmen untuk menjadikan vaksin China sebagai produk awam global, dan membantu rakyat Afrika memerangi pandemik COVID-19.

Dalam perkembangan lain, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand telah memberi kelulusan kepada vaksin jenis Sinopharm dan Sinovac untuk kegunaan remaja berusia 6 hingga 17 tahun selepas membuat penilaian dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here