BEIJING, 24 Feb  — China berharap Palestin dan Israel dapat menyambung semula rundingan untuk merealisasikan ‘penyelesaian dua negara’, kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun,

“Pelbagai kumpulan di Palestin diharap dapat meningkatkan perpaduan dan mencapai persepakatan melalui dialog dan rundingan,” kata Zhang ketika berucap pada sesi Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin, pada Rabu.

Beliau menambah situasi di beberapa kawasan Palestin yang diduduki Israel masih dalam keadaan tegang dan semakin meruncing.

Zhang berkata, China menggesa Israel menghentikan tindakan mengusir penduduk Palestin atau merobohkan rumah penduduk tempatan, dan menyediakan pembangunan kepada komuniti di Tebing Barat.

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada Palestin termasuk dalam bentuk kewangan, usaha membendung wabak COVID-19 dan pembinaan semula di Semenanjung Gaza.

“China menyokong Palestin dan Israel mengadakan penyelarasan dalam bidang ekonomi dan hal ehwal awam, serta menyeru agar kepungan dan sekatan terhadap Semenanjung Gaza dibatalkan secepat mungkin,” kata Zhang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here