KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ubat antiviral bagi rawatan COVID-19 Paxlovid keluaran Pfizer, dijangka akan mula diterima dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata bagi perolehan fasa pertama antiviral itu, Malaysia telah membeli ubat itu untuk 110,000 pesakit, bagi diberikan kepada individu berisiko tinggi.

“Kalau kita dapati penggunaan ubat ini berkesan seperti maklumat yang telah kita terima, kita akan tambah pembelian ubat ini, Paxlovid daripada Pfizer.

“Ada dua lagi yang kita akan beli (iaitu) Molnupiravir dan satu lagi daripada AstraZeneca, tetapi belum dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Dialisis Tahunan kali ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsan (NKF) di sini hari ini.

Khairy ketika menyampaikan ucapan perasmian turut mencadangkan satu ciri baharu di aplikasi MySejahtera, yang membolehkan orang ramai berikrar untuk menjadi penderma organ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here