KUALA LUMPUR, 12 Mac — Beberapa pemimpin tertinggi komponen parti Barisan Nasional (BN) mengingatkan bahawa kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah amanah yang perlu dipikul sebaiknya. 

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam hantaran di Facebooknya malam ini berkata calon BN yang memenangi PRN itu perlu memikul amanah yang diberikan dengan ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh demi kepentingan rakyat Johor.

“Kepada semua calon BN yang telah menang, amanah rakyat Johor kini di atas bahu masing-masing. Ini bukan masa bersuka ria. Buktikan #KestabilanMasaDepan yang kita laungkan sepanjang kempen bukan omong kosong,” katanya yang turut berterima kasih kepada rakyat Johor yang memilih BN. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here