Home Berita MCI Kementerian Kewangan nafi terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul

Kementerian Kewangan nafi terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan menerima surat peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz seperti yang ditularkan di media sosial.

Kementerian tersebut menerusi laman twitter rasminya berkata Tengku Zafrul kekal fokus untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela dalam  pemulihan ekonomi negara daripada belenggu pandemik COVID-19.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan sepucuk surat yang tular di media sosial, yang didakwa sebagai surat peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai menteri kewangan.

Surat tersebut tular sehari selepas laporan dan penafian Tengku Zafrul berhubung peletakan jawatan beliau semalam.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version