BEIJING, 22 Mac — Boeing China akan bekerjasama dengan China Eastern Airlines dan menyediakan bantuan yang diperlukan berhubung nahas pesawat penumpang Boeing 737, lapor Xinhua.

Menurut syarikat itu pakar teknikalnya juga bersedia membantu Pentadbiran Penerbangan Awam China dalam menjalankan siasatan.

Pesawat malang yang membawa 132 penumpang itu dilaporkan terhempas pada Isnin petang di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.  

Boeing 737 milik China Eastern Airlines itu berlepas dari Kunming menuju ke Guangzhou, terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian, bandar Wuzhou pada 2.38 petang.

Nahas itu turut mencetuskan kebakaran. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here