NANNING (China), 21 Mac — Sebuah pesawat membawa 132 penumpang terhempas di wilayah autonomi Guangxi Zhuang, di selatan China pada petang Isnin, lapor Xinhua, memetik jabatan pengurusan kecemasan wilayah.

Pesawat penumpang Boeing 737 milik China Eastern Airlines dalam perjalanan dari Kunming menuju ke  Guangzhou, terhempas di kawasan pergunungan di daerah Tengxian bandar Wuzhou lalu mengakibatkan kebakaran, menurut jabatan itu.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China dalam laman sesawangnya, pesawat MU5735 itu membawa 132 penumpang dan sembilan anak kapal.

China telah melancarkan tindak balas kecemasan dan menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi menyelamat sedang dijalankan, kata pegawai jabatan pengurusan kecemasan wilayah, Chen Jie.

Jabatan bomba Wuzhou telah mengerahkan 117 anggota dan 23 trak bomba ke lokasi kejadian.

Seramai 538 anggota bomba dari wilayah Guangxi turut dihantar bagi menyertai operasi menyelamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here