#BuletinBernama: Polis merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pukul ke atas seorang penunggang basikal menggunakan batang besi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung-Segari, Manjung, Perak seperti video tular menerusi laman sosial. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata temu bual ke atas lelaki berusia 34 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung semalam mendapati punca kejadian adalah salah faham antara lelaki berkenaan dengan penunggang basikal warga asing itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here