KUANTAN, 30 Mac — Lelaki yang didakwa hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer, Bentong pada Ahad lepas, ditemukan lemas hari ini. 

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor dijumpai pada 10 pagi tadi. 

“Mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Haneef antara dua yang didakwa hilang semasa beriadah di kawasan itu bersama sekumpulan rakan. 

Mayat seorang lagi mangsa Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur bagaimanapun dapat ditemukan pada pukul 8.16 malam pada hari kejadian. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here