KOTA BHARU, 2 April  — Umat Islam di Kelantan diseru memanfaatkan fasa peralihan endemik dengan mengimarahkan masjid dan surau untuk bertadarus, qiam dan beriktikaf sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pembukaan semula Madinah Ramadan di tengah bandar Kota Bharu juga dijangka bakal menghidupkan kembali suasana bulan puasa yang menjadi sinonim dengan Kota Bharu Bandaraya Islam.

Katanya peralihan ini juga membuka lebih luas aktiviti ekonomi buat rakyat untuk mencari rezeki dan diharap setiap rakyat Kelantan sentiasa mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan.

“Saya menyeru agar kita semua meriahkan rumah-rumah Allah dengan solat berjemaah dan solat sunat tarawih. Banyakkan tadabbur dan membaca al-Quran serta bersedekah,” katanya menerusi kenyataan perutusan khas Ramadan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here