BEIJING, 25 April — Pusat Kerjasama Antarabangsa Data dan Penggunaan Satelit dan Pusat Data dan Penggunaan Satelit Penderiaan Jauh Negara-negara BRICS (China) ditubuhkan bersempena Hari Angkasa China 2022 yang disambut pada Ahad.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Angkasa China (CNSA), Wu Yanhua dalam ucapannya berkata penubuhan kedua-dua pusat yang terletak di Kota Angkasa Wenchang, Hainan itu adalah untuk mendorong perkhidmatan data satelit China ke lingkungan global.

Beliau berkata ia juga akan menyediakan sokongan kepada penggunaan data satelit penderiaan jauh di negara BRICS dan menyumbang kepada usaha merealisasikan matlamat pembangunan mampan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030.

Menurut Ketua Pengarah CNSA, Zhang Kejian, penerokaan angkasa lepas merupakan impian bersama umat manusia dan kerajaan China sentiasa berusaha ke arah penggunaan angkasa secara aman. 

Jelas beliau, pihaknya akan terus berpegang kepada prinsip sama rata dan saling menguntungkan, penggunaan secara damai, pembangunan inklusif dan menyumbang kepada usaha manusia untuk menerokai angkasa lepas dan kesejahteraan rakyat seluruh dunia.

Difahamkan, China juga akan terus bersikap terbuka, berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan di ruang angkasa lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here