KUALA LUMPUR, 6 Mei — Selangor menjadi negeri dengan jumlah kes kemalangan dan jumlah kemalangan maut tertinggi dalam Op Selamat 18  setakat semalam. 

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata sepanjang tujuh hari operasi berkenaan yang dilancarkan pada 29 April, Selangor mencatat 2,448 kes kemalangan, diikuti Johor (1,632 kes), Perak (1,160 kes), Kuala Lumpur (991 kes), Pulau Pinang (953 kes), Kedah (777 kes), Pahang (636 kes).

Katanya lagi sebanyak 597 kes dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan (592 kes), Melaka (484 kes), Sarawak (386 kes), Terengganu (384 kes), Sabah (363) dan Perlis (86 kes).   

“Bagi jumlah kes maut pula Selangor mencatat 16 kes, diikuti Perak dan Johor yang masing-masing mencatat 14 kes, Pahang (11 kes), Kelantan (11 kes), Kedah (sembilan), Pulau Pinang (sembilan), Negeri Sembilan (lapan), Sarawak (lapan), Terengganu (tujuh), Sabah (lima), Kuala Lumpur (empat), Perlis (tiga) dan Melaka (dua),” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, katanya semalam sebanyak 1,673 kes kemalangan dengan 12 kes kematian  dicatatkan. 

Katanya setakat semalam sebanyak 214,750 saman dikeluarkan ke atas pelabagai kesalahan trafik terhadap pengguna jalan raya dengan 37,926 saman dikeluarkan semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here