GEORGE TOWN, 17 Jun — Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini melancarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas USM 1 hingga USM 9999.

USM dalam kenyataan memaklumkan universiti itu berbesar hati mengekalkan kombinasi huruf USM bagi mewakili Universiti Sains Malaysia dalam pemilihan plat khas tersebut.

“Pihak universiti menyeru seluruh warga dan alumni USM bagi memberi semangat dan sokongan padu dengan membida nombor USM 1 hingga USM 9999 yang akan bermula hari ini.

“Bidaan boleh dibuat dengan memuat turut aplikasi carplates.my di Google Play Store bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna iPhone,” menurut kenyataan itu.

USM turut memaklumkan pembida boleh memulakan bidaan serendah RM250 bagi empat digit nombor pendaftaran bergantung kepada nilai yang ditetapkan di dalam sistem bidaan.

Dana yang diperoleh hasil penjualan nombor plat ini akan disalurkan bagi membantu USM menyokong mempertingkatkan lagi kerja penyelidikan yang sedang giat dijalankan, menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here