BANGKOK, 1 Julai — AirAsia Thailand akan melancarkan penerbangan terus ke Guangzhou, China dan Hong Kong dengan mematuhi semua dasar perjalanan, dalam usaha untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi Thailand pasca-COVID-19.

Dalam kenyataan pada Jumaat, AirAsia Thailand menjelaskan pihaknya akan memulakan penerbangan mingguan Bangkok-Hong Kong mulai 7 Ogos sebelum menambah kekerapan kepada dua kali dan tiga kali seminggu pada September dan Oktober tahun ini.

Ia menambah, penerbangan pergi-balik rintis antara Bangkok dan Guangzhou juga akan dilancarkan pada 13 Julai ini.

“Penerbangan ini dijalankan bagi menunjukkan kesediaan syarikat untuk menyediakan perkhidmatan di laluan ke dan dari China apabila kerajaan republik itu mengumumkan pembukaan semula rasmi negara itu.

“Matlamat awal syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia ini adalah membawa pelancong dari China dan Hong Kong ke Thailand untuk membantu merangsangkan pertumbuhan ekonomi pascapandemik,” jelasnya.

AirAsia Thailand menambah, penekanan akan diberikan kepada rangkaian domestik yang luas yang menawarkan kesambungan ke semua wilayahThailand untuk menarik pelancong tinggal lebih lama dan kemampuan berbelanja yang tinggi.

Ia juga yakin sekatan perjalanan asing ke China akan dilonggarkan lagi justeru, AirAsia Thailand akan bersedia untuk kembali menawarkan perkhidmatan penuh antara kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here