BEIJING, 19 Julai — Perlindungan warisan pertanian merupakan tanggungjawab bersama seluruh umat manusia yang mencipta dan membangunkan tamadun pertanian dalam sejarah, kata Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah sempena Perhimpunan Sistem Warisan Pertanian Penting Global (GIAHS), pada Isnin.

Beliau turut menyanjung nilai istimewa dan makna penting warisan pertanian terhadap tamadun manusia, serta turut memperincikan kaedah untuk mendorong pewarisan dan pemeliharaannya,

Xi juga mengemukakan pelan China untuk merealisasikan pembangunan pertanian yang berkekalan dan turut mendapat sambutan hangat daripada para peserta.

Dirasmikan di kaunti Qingtian, provinsi Zhejiang di timur China, perhimpunan GIAHS kali ini bertemakan “perlindungan warisan pertanian untuk pembangunan luar bandar”.

Pegawai kanan dan wakil dari Iran, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Tanzania, Bangladesh, Indonesia, Sri Lanka dan pertubuhan antarabangsa menyertai perhimpunan itu untuk bersama-sama berunding mengenai tahap  konsisten warisan pertanian penting global dan sistem bahan makanan, pembangunan mampan di kawasan luar bandar, serta pembaikan kehidupan petani.

Sebagai negara paling awal menyahut inisiatif pewarisan pertanian global penting dan penyokong teguh, China merupakan pengamal, penggalak dan penyumbang besar kepada inisiatif itu.

Setakat ini, China mempunyai 18 warisan pertanian penting global dan jumlah ini paling banyak di dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here