SIBU, 23 Julai — Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini meluangkan masa meninjau sendiri persekitaran dan operasi di Pasar Sentral Sibu di sini, di samping menyantuni peniaga-peniaga kecil di pasar terbesar Sarawak itu.

Abang Johari tiba di pasar sentral itu seawal pukul 8.15 pagi dengan diiringi anak perempuannya Dayang Norjihan, dan beliau kemudiannya bersarapan pagi di gerai makan yang terletak di tingkat satu pasar.

Turut bersama beliau ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dr Annuar Rapaee, Senator Robert Lau Hui Yew, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting, Temenggong Datuk Vincent Lau dan Pemanca Datuk Jason Tai.

Malam tadi Abang Johari dan isteri Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib menghadiri sambutan perayaan Hari Sarawak yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu.

Pada malam ini Abang Johari dijadual menyempurnakan penutupan Festival Kebudayaan Borneo (BCF) di pentas utama di Dataran Tun Tuanku Bujang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here