MOSCOW, 27 Julai — Russia akan meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) ‘selepas 2024’ di tengah-tengah ketegangan dengan Barat, penganalisis memberi amaran ia boleh menyebabkan penerbangan kru angkasa akan terhenti. 

Pengesahan langkah yang sudah lama dibicarakan itu datang ketika hubungan antara Kremlin dan Barat terjejas berhubung campur tangan tentera Moscow di Ukraine dan beberapa sekatan terhadap Russia, termasuk sektor angkasa lepasnya.

Pakar angkasa lepas berkata, pemergian Russia dari Stesen Angkasa Antarabangsa akan memberi kesan serius kepada sektor angkasa lepas negara itu dan memberi tamparan hebat kepada program penerbangan anak kapalnya, sumber utama kebanggaan Russia.

“Sudah tentu kami akan memenuhi semua kewajipan kami kepada rakan kongsi kami, tetapi keputusan untuk meninggalkan stesen ini selepas 2024 sudah dibuat.

“Saya fikir pada masa ini akan mula menyusun stesen orbit Russia,” kata Ketua Agensi Angkasa Russia Roscosmos, Yury Borisov, memberitahu Presiden Vladimir Putin, menurut Kremlin.

ISS akan ditamatkan selepas 2024, walaupun agensi angkasa lepasa 

Amerika Syarikat, Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) berkata ia boleh terus beroperasi sehingga sekurang-kurangnya pada 2030.

ISS dilancarkan pada 1998 untuk kerjasama AS-Russia berikutan ‘perlumbaan’ angkasa lepas mereka semasa perang dingin.

AS berkata, mereka terkejut dengan pengumuman itu.

“Ia satu perkembangan yang malang memandangkan kerja saintifik kritikal yang dilakukan di ISS, kerjasama profesional yang berharga dimiliki oleh agensi angkasa lepas kami selama ini,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, Pentadbir NASA, Bill Nelson, berkata agensi itu ‘belum dimaklumkan mengenai keputusan daripada mana-mana rakan kongsi’. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here