KUALA LUMPUR, 31 Julai — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi memberi keterangan berhubung kes tidak puas hati seorang Ahli Parlimen terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya akan merekod keterangan bekas Peguam Negara itu pada 2.30 petang esok (1 Ogos).

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, media melaporkan PDRM menerima laporan polis dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang tidak berpuas hati terhadap siasatan 1MDB oleh Apandi ketika beliau menjadi Peguam Negara dan mendakwa Apandi menyalahgunakan kuasa melibatkan kes itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here