KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada atlet gimrama negara Ng Joe Ee atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.

“Ng Joe Ee yang baru berusia 16 tahun membanggakan negara dengan dua pingat emas. Anda kebanggaan Keluarga Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Joe Ee yang membuat penampilan sulung di temasya itu, menyumbang emas menerusi disiplin bola dan riben selepas merekodkan masing-masing  29.700 dan 27.800 mata dalam aksi akhir di Arena Birmingham itu.

Dua emas itu sekali gus membantu kontinjen negara mencapai sasaran enam pingat emas di Sukan Komanwel 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here