KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan menerima menghadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa di Istana Negara hari ini.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi perkongsian Facebook rasmi, dalam pertemuan selama hampir sejam itu, Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM 2022) mempersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka di sini. 

Turut hadir pada majlis menghadap itu adalah Ketua Setiausaha K-KOMM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal HKHM 2022 Datuk Seri Mohammad Mentek. 

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. 

Sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Melaka pada 16 Sept ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here