PUTRAJAYA, 23 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas Perdana Menteri itu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa pasukan pembelaan telah memfailkan permohonan supaya hakim nombor satu negara itu menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut lewat malam tadi.

Beliau berkata salinan permohonan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V.Sithambaram kemudian bangun dan berkata pihak pendakwaan belum menerima salinan permohonan yang sudah dimeteri, oleh itu sehingga ia diserahkan prosiding permohonan menarik diri itu tidak boleh dijalankan.

Tengku Maimun menyoal Hisyam sama ada pihak pembelaan ingin berhujah berhubung rayuan utama.

Hisyam menjawab: “Tidak”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here