KUALA LUMPUR, 24 Ogos — UMNO akan mengadakan sesi Taklimat Khas Presiden bersama semua pimpinan parti itu termasuk ahli jawatankuasa (AJK) bahagian Sabtu ini.

Berdasarkan ciapan di Twitter, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata sesi taklimat bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu adalah mengenai isu semasa terkini, namun tidak memperincikannya.

Sesi taklimat itu akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada jam 2 petang.

“‘Stanby’, jemputan rasmi akan dibuat. Taklimat Khas Presiden, Sabtu jam 2 petang di Dewan Merdeka WTCKL, mengenai isu semasa terkini.

“Semua AJK UMNO bahagian dan pimpinan yang ingin hadir. Pakaian baju merah UMNO,” ciapnya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here