SHAH ALAM, 27 Ogos — PKR sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seawal Oktober ini dengan gerak kerja yang dijangka selesai akhir September depan.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR di bawah Pengarah Pilihan Raya Rafizi Ramli dilihat strateginya jauh berbeza dan yang akan dijelaskan kepada ahli parti itu dalam masa terdekat. 

“Kami akui beberapa kelemahan susulan kekalahan Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Johor. (Oleh itu) kami merangka strategi  dan melihat suasana sekarang berbeza. Kami akui sebahagian besarnya terpalit dengan 22 bulan pemerintahan kerajaan PH yang ada kelemahan dan sumbangannya,” kata beliau.

Bercakap pada sidang media sempena Konvensyen Pilihan Raya Keadilan 2022 di sini hari ini, Anwar berkata parti itu akan bersama dengan PH bagi menghadapi PRU15 di bawah satu logo dengan beberapa penyesuaian. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here